1)      Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.
2)      Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan.
3)      Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.
4)      Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.
5)      Tidak kekok tidur di katil yang sama.
6)      Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.
7)      Dia tahu semua kata laluan kamu.
8)      Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.
9)      Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.
10)   Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.
11)   Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.
12)   Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.
13)   Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.
14)   Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.
15)   Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.
16)   Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.
17)   Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.
18)   Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.
19)   Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.
20)   Kamu benci orang yang sama.
21)   Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham  untuk menggelarkan mereka.
22)   Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.
23)   Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.
24)   Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.
25)   Tiada rahsia antara kamu berdua.
26)   Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.
27)   Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.
28)   Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.
29)   Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!
30)   Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.