Wednesday 12 February 2014

::JODOH ITU PASTI::.


SURAT CINTA BUAT FUTURE HUSBAND


Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum

“Kehadapan my future husband,

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat,manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana akujatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam,manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah.Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelarsuami…”

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allahdan masanya pasti akan tiba.....Wallahua'lam.

"Dan janganlah engkau percaya melihatkegagahan seorang lelaki.Tetapi Jika mereka teguh memegang amanah dan menahantangannya daripada menganiaya sesamanya,itulah Lelaki Sebenarnya"(SaidinaUmar AlKhattab ra)
"InshaAllah semoga kita dipertemukan ,lelakisejati ada di mana-mana untuk wanita sejati "..Kata seorang akh...

"Wahai Wanita mukminah yang bakal menjadiisteri ataupun sudah menjadi isteri...katakanlah pada pada mukmin yang bakalataupun sudah menikahi mu "Aku mencintaimu kerna Agama Yang adaPadamu,Jika hilang agamu maka hilanglah cintaku padamu...." Nasihatseorang ukhti..

Wallahua'alam..

Rabbana Hablana min azwajina wazurriyatina qurratuna'yun lil muttaqin imama.. :)

2 comments:

  1. In Shaa Allah,jodoh pasti bertemu.Kita merancang,Allah juga merancang..Tapi perancangan Allah adalah lebih baik :-)

    ReplyDelete