salam buat semua kawan2 ...da lame x updte blog ..huhu ...ni gmba mase jalan2 nga pemili masa kat kampug,rindu sangat saat ni ..rindu nak balik kg lagi ..dah lama jugak tak berpuisi ..saya nk berpuisi petang untuk umi abah dan adik2 tersayang ...
Sepi Seorang Perindu
Sayangku ...
sungguh aku merasakan saat itu berlalu ,
saat dan hari yang aku lalui tanpamu
ku rindu saat bertemankanmu..
gurauan senda pembalut luka
tangis dan tawa bukti cinta kita
Alangkah bahagia andainya nostalgia semalam kembali bersama
demi melakar sebuah bahagia..
namun kisah cinta kita terhenti di sini ..
sungguh aku merindui saat itu
memory yg terpahat dihatiku seiring dengan
perjalanan hidupku
kurasakan sepi tanpa cintamu
gelak tawa suka dukamu sering bermain di mindaku
sayangku ..
Andai takdir dan waktu boleh di ubah
kan ku bina kenangan cinta kita hingga ke syurga
kan ku gengam erat tanganmu..
ku kunci hatiku,sayang dan cintaku hanya padamu
di saat hatiku meraung kesakitan merindukan kisah cinta kita..
inginku gapai bintang di langit demi menyelamatkan sebuah cinta
namun sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata
sayangku ...
dimana pun kau berada ...kau tetap dalam anganku ..
Friday 28 March 2014
Wednesday 12 March 2014
30 Tanda Si Dia Sahabat Kamu Selamanya!
Lumrah kehidupan seseorang bila bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang ada di muka bumi ini. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang sentiasa bersama kamu saat suka dan duka. Ada juga yang sentiasa mengenakan kamu.Tidak kiralah macam mana sekalipun karakter manusia yang kamu jumpa, pasti akan ada seorang yang akan sentiasa menyokong kamu dan menjadi yang terbaik untuk kamu. Tidak kiralah serumit mana kamu si dia tetap akan setia menjadi bff kamu selamanya.
Jom ketahui 30 tanda si dia sahabat kamu selamanya.
Jom ketahui 30 tanda si dia sahabat kamu selamanya.
1) Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.
2) Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan.
3) Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.
4) Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.
5) Tidak kekok tidur di katil yang sama.
6) Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.
7) Dia tahu semua kata laluan kamu.
8) Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.
9) Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.
10) Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.
11) Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.
12) Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.
13) Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.
14) Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.
15) Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.
16) Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.
17) Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.
18) Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.
19) Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.
20) Kamu benci orang yang sama.
21) Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham untuk menggelarkan mereka.
22) Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.
23) Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.
24) Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.
25) Tiada rahsia antara kamu berdua.
26) Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.
27) Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.
28) Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.
29) Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!
30) Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.
Monday 10 March 2014
angan-angan kosong !
Sejak pertama kali ku lihat dirimu ,
ku sudah bayangi yang ku tak mampu memilikimu,
ku berharap dalam diam,
ku berangan dalam samar,
ku cuba untuk mengeratkan walau dalam
ertikata 'persahabatan'
namun tak ku sangka kau sambut penuh kemesraan,
tak ku berharap untuk lebih dalam sesebuah hubungan,
malah hatiku semakin dekat denganmu,
ku cuba untuk lari dari kenyataan,
Tapi hatiku masih mencari jawapan
jawapan yang tak kan terjawab dalam nota2 kehidupan
Hatiku makin suram ....
menanti sebuah pengisian
hatiku takut untuk menerima
tapi tak kan ku tolak jika di pinta,
hatiku sukar untuk percaya
namun andai itu takdirnya ku turuti jua ..
Wednesday 5 March 2014
Bowling Tournament ksbb 2014
Ni masa baru nk stat bolim...xmain lagi...n xtau lagi sape juara..hehek...
....ha...ni da abis program...ni lah pemenang2 bolim dan pemenang no bertuah ..huhu...
jeng3! ...haaa ...ni la juara nye ..huhu...xpernah2 dapat johan sepanjang berkhdmat di sini selama 5tahun,Ni lah org kate rezeki pembawa tuah d tahun baru..semoga lebih brmakna tahun baru ni...
Hero2 yang menang dan bertuah pada mlm ni...
malam yang paling bahagia dan tak di sangka kemenangan yang x diduga...semoga dengan kehadiran sahabat2 yg memberi semangat dapat mengharungi kehidupan dengan lebih tabah ..
Subscribe to:
Posts (Atom)